Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Meletop
RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API MELETOP
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan utama :
-1 kg daging salai
-15 biji belimbing buluh
-4 batang serai dititik
-Semangkuk santan segar
-3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
-4 ulas bawang merah
-Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
-1 inci belacan
-1 inci halia
-2 inci kunyit hidup
Cara Penyediaan:
-Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
-Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
-Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
-Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut
0 comments:
Post a Comment