Resepi Ayam Masak Bali
Bahan-Bahan:
-1ekor ayam - potong sesuai selera, cuci bersih dan toskan
-minyak masak secukupnya
-garam secukupnya
-sedikit air
-serbuk kunyit - nak gaulkan dengan ayam
-8 batang serai - dititik
-6 tangkai daun kari
-kicap manis secukupnya
-3 sudu besar gula pasir
-1 senduk cili kisar - bila anda suka pedas
Bahan Kisar Halus:
-6 biji bawang merah besar
-13 ulas bawang putih
-8 ulas bawang merah
-1 inchi belacan
-2 inchi halia
Cara Penyediaan:
1. mula ayam yang sudah dicuci bersih gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian panaskan minyak dalam kuali. goreng ayam hingga separuh masak kemudian angkat ayam dan toskan.
2. dalam minyak yang sama (anggaran 1 cawan) boleh kurangkan bila terlalu banyak. tumis daun kari bersama serai hingga harum atau nik bau. lepas tu masukan bahan kisar halus dan chili kisar. masak hingga naik bau dan pecah minyak.
Resepi Ayam Masak Bali
3. masukan ayam bersama kicap manis dan tuangkan sedikit air. kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
4. akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam. kacau rata, biarkan sekejap dan ayam siap untuk dihidangkan.
bila semasa memasak kuah agak kering boleh tambahkan sedikit air, kunci utama menghasilakn ayam maska bali yang sedap adalah mesti pandai balance gula, garam dan kicap. oke, sampai jumpa di entry sedap selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment