Resepi Rendang Ayam Terbaik



RESEPI RENDANG AYAM 

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
-5 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-2 biji bawang besar
-2 cm kunyit hidip
-2 inci lengkuas
-2 inci halia
-2 batang serai, hiris nipis
-10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan berkaitan lain
-1 kg ayam, potong ikut selera anda
-3 sudu besar kerisik
-2 senduk minyak, untuk menumis
-2 cawan santan pekat
-1 cawan santan cair
-2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
-2 keping asam keping
-2 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:

-Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
-Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
-Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
-Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. ---Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
-Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.

Tips:

Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment