Resepi Premium Cookies Chocolate Chips



Resepi Premium Cookies Chocolate Chips

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 80-90 biji
Bahan-Bahan:

-1 cawan mentega
-1 cawan gula castor
-1 cawan brown sugar
-2 biji telur
-2 sudu teh esen vanila
-3 cawan tepung (plain flour)
-1 1/4 sudu teh baking soda
-1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
- cawan semi sweet chocolate chips
-1 cawan badam cincang, bakar seketika


Cara Penyediaan:

-Panaskan oven ke suhu 170C.
-Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

-Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.

-Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.

-Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Tips

Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Selamat mencuba!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment