8 Manfaat bahan Yang Berunsurkan Organik Untuk Kesihatan Anak


8 Manfaat bahan Yang Berunsurkan Organik Untuk Kesihatan Anak


Semua ibu-bapa sangat mementingkan kesihatan anak dan mereka juga inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Produk yang berunsurkan bahan organik adalah produk yang terbaik bagi bayi yang dalam proses tumbesaran. 

Antara sebab mengapa bayi harus menggunakan produk organik adalah seperti berikut:-


- TIDAK MENGANDUNGI RACUN PEROSAK:  

Kebanyakan pertanian moden menggunakan racun perosak sebagai cara mudah untuk menghasilkan produk tani berskala besar berbanding memikirkan kualiti yang dihasilkan. Berbeza dengan pertanian organik, mereka tidak menggunakan racun perosak sama sekali dan ianya selamat untuk bayi. Mengambil ungkapan Dr. Elizabeth Knapp dari Austin Regional Clinic, beliau menyebut “Nutrisi yang baik merupakan langkah penting untuk membantu anak memiliki tubuh yang kuat”.

- ANTIBIOTIK: 

Situasi sama berlaku pada penternakan konvensional. Haiwan ternakan diberikan antibiotik  sehingga ia memberi kesan yang tidak baik pada kualiti susu ataupun daging haiwan tersebut. Selain itu, ternakan juga disuntik dengan hormon pertumbuhan dimana boleh memberi kesan negatif kepada anak bawah usia lima tahun.

- SINAR RADIASI: 

Adakah anda pernah tertanya kenapa bahan makanan dan sayuran organik lebih cepat busuk berbanding bahan makanan lain yang berada di pasaraya? Ini adalah kerana banyak produk makanan melalui proses sinar radiasi dengan tujuan untuk membunuh bakteria supaya makanan dapat bertahan lebih lama.

Proses radiasi ini tentu saja tidak baik kerana struktur molekul dan kandungan nutrisi pada makanan dan sayur-sayuran tersebut sudah berubah dan akhirnya mengandungi bahan berbahaya seperti radioaktif, sinar-X dan elektron dalam jumlah besar. Oleh yang demikian, perlu diingatkan bahawa makanan berasaskan organik adalah jauh lebih selamat daripada makanan yang telah terdedah dengan radiasi. Hal ini kerana nutrisi dalam makanan akan rosak setelah dipancarkan dengan radiasi.

- KUALITI NUTRISI: 

Bahan organik ini juga mempunyai lebih banyak vitamin dan mineral serta kandungan zink dan zat besi yang mampu untuk meningkatkan sistem imunsasi badan, membantu kitaran tidur yang sihat dan masalah obesiti.

- RASA: 

Rasa buah-buahan dan sayur-sayuran organik ternyata jauh lebih lazat dari bahan makanan biasa. Seharusnya, bahan makanan organik seperti ini perlu menjadi pilihan utama dalam senarai masakan di setiap rumah, restoran, dan sebagainya.

Produk semulajadi dapat meningkatkan imunisasi kulit. Kulit bayi  menjadi kebal dan tahan alahan. Selain itu, produk berasaskan bahan semulajadi boleh merawat dan mengatasi masalah eczema, psoriasis, dermatitis dan penyakit kulit yang lain. Ianya juga membantu untuk menghidratkan kulit dengan mengekalkan kelembapan dan melembutkan kulit wajah pengguna.

Kebaikan menggunakan syampu organik pula adalah untuk membantu bayi dalam pertumbuhan rambut supaya lebih lebat dan sihat.

Kombinasi ekstrak Aloe vera  dan ekstrak daun teh hijau terbukti dapat mensanitasi dan melindungi kulit bayi daripada bakteria patogen merbahaya.



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment