Resepi Biji Ubi Keladi Lazat Terangkat


Resepi Biji Ubi Keladi Lazat Terangkat

Bahan-Bahan:

Untuk ubi keladi:

- 500g keladi
- 350g tepung ubi
- 150-200 ml air panas mendidih

Untuk tumisan:

- 2 sudu besar minyak masak
- 100g ayam cincang
- 5-6 ketul cendawan Shiitake, direndam dan dipotong nipis
- 20g sotong kering yang dicincang, direndam
- 20g cendawan hitam, direndam dan dipotong nipis
- 2 sudu besar udang kering, direndam
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 2 ulas bawang merah, dipotong
- 2-3 tangkai saderi cina dan daun bawang, dipotong

Untuk perasa & perencah:

- 2 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil CukupRasa
- ½ ) sudu kecil kicap pekat

Untuk hiasan:

- 2-3 sudu besar bawang goreng
- 1 biji cili merah, dipotong

Cara Memasak

1. Mula-mula, kukus keladi dengan garam selama 30 minit atau sehingga ia lembut.

2. Lenyekkan keladi yang panas tadi di dalam bekas adunan dan tambahkan tepung ubi berselang air panas secara perlahan-lahan. Gaul adunan sehingga rata dengan sudip kayu.

3. Kemudian, canai adunan dengan tangan sehingga ia lembut dan mudah dibentuk. Pastikan ia tidak melekat di tangan anda. Lakukan semasa adunan masih suam. Jika adunan didapati terlalu kering, tambahkan air panas dengan sudu kecil.

4. Jika adunan terlalu lembab, tambahkan pula tepung ubi dengan sudu besar.

5. Apabila siap, cubit sedikit adunan (anggaran 5 gram) dan golekkan di atas tapak tangan anda untuk membentuk bebola kecil. Dengan menggunakan jari telunjuk anda, tekan bahagian tengah bebola kecil untuk membentuk rongga atau bukaan.

6. Kemudian, masukkan bebola ubi keladi ke dalam periuk yang berisi air mendidih yang ditambah dengan 1 sudu kecil minyak masak. Apabila telah masak, ia akan timbul di permukaan air.

7. Toskan dan renjis minyak masak ke atas ubi keladi yang telah masak untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.

8. Kemudian, panaskan 2 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah serta cendawan. Masukkan hirisan sotong kering dan udang kering dan terus menggoreng selama 1-2 minit.

9. Tambahkan ayam cincang dan goreng sehingga ayam sekadar 70 – 80% masak. Kemudian, gaul cendawan hitam dan kacau sekata.

10. Akhirnya, masukkan ubi keladi dan goreng selama 2 – 3 minit serta tambah bahan perasa dan perencah. Taburkan daun saderi Cina dan daun bawang yang telah dipotong.

11. Hidang dan hias dengan bawang goreng serta potongan cili merah.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment