Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin
Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin
Bahan-Bahan:
- 500 gram ikan patin, dicuci dan dibuang isi ikan, dipotong kecil sehingga 3cm
- 6 tangkai cili padi, ditumbuk
- 1 inci kunyit hidup, ditumbuk
- ½ cawan tempoyak, ditumbuk
- 1 liter air
- 1 genggam kecil Daun Kesum (daun sahaja)
- 2 ketul Kiub Pati Ikan Bilis
- 2-3 keping Asam Keping (jika digunakan)
Cara Memasak:
1. Mula-mula, tumbuk cili padi dengan menggunakan lesung batu atau kisarkan dengan sedikit air. Sendukkan cili yang ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, campurkan dengan Tempoyak dan kacau sehingga sebati.
2. Seterusnya, tuangkan 1 liter air dan masukkan Kiub Pati Ikan Bilis. Biarkan sehingga ia mendidih.
3. Apabila campuran bahan mula mendidih, masukkan Ikan Patin dan perlahankan api. Pastikan periuk ditutup dan tunggu sehingga ikan betul-betul masak serta kuah berkurangan.
4. Akhir sekali, masukkan dan kacau daun kesum bersama asam keping (jika digunakan) dan biarkan kuah mendidih pada api sederhana selama 2-3 minit.
5. Tutup api apabila ia sudah masak dan hidangkan Tempoyak Ikan Patin di dalam mangkuk dan nikmatinya bersama nasi.
0 comments:
Post a Comment