Resepi Ikan Kerapu Goreng Garing dengan Sos Nenas Masam Manis
Resepi Ikan Kerapu Goreng Garing dengan Sos Nenas Masam Manis
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan kerapu
- 1 sudu kecil Cukup Rasa
- 1 - 2 sudu besar tepung jagung, untuk saluti ikan sebelum menggoreng
- 2 - 3 sudu besar minyak masak
- 150g nenas, dipotong berukuran 2 x 3 cm setiap potongan
- 1 biji lada benggala, dibuang biji dan dipotong ukuran 2 x 3 cm setiap potongan
- 1 biji lada benggala, dibuang biji dan dipotong ukuran 2 x 3 cm setiap potongan
Untuk sos (dicampur):
- 3 sudu besar Cili Sos
- 4 sudu besar Sos Tomato
- 1 sudu kecil Cukup Rasa
- 2 sudu besar cuka (atau 3 sudu besar jus limau)
- 100ml air
- 1 sudu kecil tepung jagung
Untuk Hiasan:
- 2 tangkai ketumbar (daun sahaja)
- 2 tangkai daun bawang, dipotong
Cara Memasak
1. Mula-mula, bersihkan ikan kerapu dengan membuang sisik, insang dan isi perutnya.
2. Kemudian, cuci dan keringkan ikan dengan tuala kertas. Kelarkan ikan sebanyak 3 kali secara melintang di kedua-dua belah badannya.
3. Seterusnya, sapukan ikan dengan Cukup Rasa dan perap selama 1 - 2 jam.
4. Panaskan 2 – 2 ½ sudu besar minyak masak di dalam kuali atau kuali ‘ non-stick’ sehingga ia hampir mengeluarkan asap.
5. Salutkan ikan dengan tepung jagung untuk mengelakkan ia daripada melekat di kuali semasa digoreng. Gorengkan ikan di dalam sedikit minyak sehingga kedua-dua belah ikan itu bertukar warna keperang-perangan. Setelah masak, letakkan di atas pinggan.
6. Kemudian, sediakan sos dengan memanaskan baki minyak di dalam kuali ‘non-stick’. Masukkan campuran sos, bawang besar dan lada benggala. Kacau hingga sebati.
7. Setelah sos itu mendidih, renehkan di atas api yang kecil untuk beberapa minit.
8. Tuangkan sos nenas dan lada benggala ke atas ikan tadi. Akhir sekali, hias dengan daun ketumbar dan daun bawang. Nikmati hidangan ketika masih panas.
0 comments:
Post a Comment