Resepi Maggi Goreng Banjir


Resepi Maggi Goreng Banjir

Bahan-Bahan
-1 paket tanpa perencah MAGGI BIG Kari, mi dicelur dan ditos
-1 sudu besar minyak jagung
-1 Sudu besar bawang merah, dicincang
-1 Sudu besar bawang putih, dicincang
-50 g sotong, dihiris 1mm
-50 g udang, dibelah dua
-300 ml air
-1 Pek Perencah MAGGI Kari
-1 Sudu besar tepung jagung
-50 g Daun sawi, dipotong kecil
-1 telur, dipukul

Cara Memasak

1. Mula-mula, celur mi MAGGI Big Kari di dalam periuk dan toskan.

2. Masukkan mi ke dalam mangkuk besar.

3. Bersihkan periuk dan panaskan sebelum tuangkan minyak.

4. Masukkan bawang merah, bawang putih, sotong dan udang. Kacau selama 3 minit atau sehingga naik bau.

5. Masukkan air dan Perencah MAGGI Kari serta tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuahnya bertukar warna sedikit.

6. Selepas kuahnya mendidih, masukkan telur sambil anda mengacau.

7. Teruskan mengacau kuahnya sehingga telur kelihatan masak.

8. Tuang kuah ke dalam mangkuk besar mi MAGGI Big Kari tadi.

9. Nikmatinya panas-panas!

Selamat Mencuba!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment