Resepi Carbonara Kari LeTop


Resepi Carbonara Kari LeTop

Bahan-Bahan

-100g spageti
-1 Sudu besar minyak zaitun
-2 sosej ayam
-2 Ulas bawang putih, dihiris
-1 Tangkai daun kari
-1/4 Cawan keju parmesan parut
-2 Sudu kecil serbuk kari
-1 Sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
-2 Sudu krim
-2 Sudu besar susu skim
-1 Biji kuning telur
-1 Cawan brokoli, dimasak

Cara Memasak

1. Masak spageti mengikut arahan tertera pada paket.

2. Tumis daun kari dalam minyak zaitun kemudian, tambah sosej yang telah dihiris dan bawang putih.

Kemudian, masukkan serbuk kari, MAGGI Cukup Rasa dan krim.

4. Masukkan pasta yang telah masak dan gaul rata.

5. Dalam mangkuk kecil, tambahkan keju pada kuning telur. Toskan pasta dan masukkan pasta panas dalam campuran kuning telur dan gaulkan hingga rata.

6. Tambahkan brokoli dan hidangkan panas-panas.

Selamat Mencuba!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment