Resepi Laksa Johor Sedap



Resepi Laksa Johor Sedap

Bahan-Bahan

-400 gram ikan kembung
-100 gram udang (potong pada bahagian belakang serta buang kulit jika perlu)
-2 liter air
-3 ketul asam jawa
-1 batang bunga kantan
-3 sudu besar minyak jagung
-3 ulas bawang
-4 ulas bawang putih
-½ inci lengkuas
-1 batang serai
-4 sudu besar pes cili
-4 sudu besar serbuk kari
-2 sudu besar udang kering, direndam
-1 liter stok ikan (stok daripada bahan yang telah direbus)
-100 ml santan kelapa cair
-1½ sudu besar MAGGI Cukup rasa
-2 sudu besar gula
-500 gram spageti, direbus

Untuk hiasan:
Tauge, kulit hijau dibuang, dicuci dan dikeringkan
Kacang panjang, dihiris nipis
Laksa, dihiris
Daun selasih, dihiris
Bawang, dihiris

Pilihan:
Sambal belacan untuk dimakan bersama laksa

Cara Memasak

1. Mula-mula, panaskan periuk serta masukkan ikan kembung, udang, asam jawa dan juga bunga kantan bersama 2 liter air. Kemudian biarkan selama 20 minit sehingga ikan dan udang betul-betul masak.

2. Apabila sudah masak, leraikan isi ikan daripada tulang serta buang kulit udang dan ketepikan bersama air rebusan.

3. Kisarkan bawang, bawang putih, bersama lengkuas, serai dan juga udang kering yang direndam. Kemudian panaskan minyak di dalam periuk kecil, dan masukkan tumiskan sehingga wangi.

4. Masukkan sedikit pes cili bersama serbuk kari, kacau sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan stok ikan, santan kelapa cair, MAGGI® CukupRasa™ dan gula. Biarkan sehingga ia mendidih.

5. Seterusnya masukkan isi paste yang dikisar tadi ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih selama 10 minit sehingga kuah menjadi pekat.

6. Akhir sekali, masukkan spageti yang direbus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. Taburkan hiasan sayur, campurkan dengan sambal belacan dan limau.

Nikmatinya bersama keluarga!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment