Resepi Sup Tang Hoon Dengan Isi Ketam, Telur Dan Bebola Ikan


Resepi Sup Tang Hoon Dengan Isi Ketam, Telur Dan Bebola Ikan

Bahan-Bahan:

- 2 inci halia, dihiris
- 2 ulas bawang merah, dihiris halus
- 2 sudu kecil minyak masak
- 1 liter air
- 2 kiub Stok Pati Ikan Bilis
- 12 ketul bebola ikan
- 50g isi ketam
- 50g tang hoon
- 2 biji telur, dipukul

Untuk hiasan:

- 2 tangkai daun bawang, dipotong
- 3 sudu besar bawang goreng

Cara Memasak

1. Mula-mula, panaskan minyak masak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia dan bawang merah sehingga naik bau dan sedikit keperangan.

2. Kemudian, tuang air perlahan-lahan dan masukkan Kiub Pati Ikan Bilis. Biarkan ia mendidih.

3. Apabila sup telah mendidih, masukkan isi ketam, bebola ikan dan reneh di atas api yang sederhana selama 3 – 5 minit sehingga isi ketam dan bebola ikan masak sepenuhnya.

4. Kemudian, masukkan tang hoon dan reneh selama 1 -2 minit sehingga masak.

5. Selepas itu, tuang telur yang telah dipukul perlahan-lahan. Kacau dengan sudip dalam pusingan berpusar. Padamkan api apabila telur telah masak.

6. Sendukkan tang hoon dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk.

7. Hias dengan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng sebelum dihidang.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment