Resepi Burrito Ayam Rangup
Resepi Burrito Ayam Rangup
Bahan-Bahan:
- 2 filet ayam
- 1/2 Cawan tepung naik sendiri
- 1/2 Cawan air
- 1/2 Sudu kecil Cukup Rasa
- 6 Keping balutan tortila
- salad campur
- keju mozzarella diparut
Untuk sos:
- 1 Sudu Sos Tomato
- 1 Sudu besar Sos Cili
- 1 Sudu besar mayonis
- 1 Sudu besar jus lemon
Cara Memasak
1. Hiriskan filet ayam menjadi kepingan panjang.
2. Buat adunan dengan tepung dan ½ cawan air dan masukkan Cukup Rasa.
3. Masukkan kepingan ayam dalam adunan dan goreng untuk 5-8 minit.
4. Padatkan tortila dengan hirisan ayam, salad, keju dan sos masam sebelum digulung.
5. Ulang dengan baki tortila.
0 comments:
Post a Comment