Resepi Nasi Lemak Special
Resepi Nasi Lemak Special
Bahan-Bahan:
- 1½ minyak masak sudu besar
- 500g beras dibasuh dan ditos
- 1 ulas bawang putih dihiris halus
- 2 sm halia dihiris halus
- ½ sudu besar Cukup Rasa
- 500 ml air
- 100 ml santan
- 2 helai daun pandan disimpul
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih bersama halia hingga wangi.
2. Kemudian, masukkan beras dan masak selama 1 minit.
3. Selepas itu, masukkan beras tadi dalam periuk nasi bersama Cukup Rasa, air, santan dan daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak.
4. Bila dah masak, senduk nasi dan hidangkan panas-panas untuk keluarga.
5. Jangan lupa bahan pelengkap seperti ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang.
0 comments:
Post a Comment