Tip Goreng Ayam Terbaik


Tip Goreng Ayam Terbaik

Selalu terfikir macam mana nak hasilkan sendiri ayam goreng yang garing, warna keemasan dan sungguh memikat selera? Ikuti 5 petua berguna ini.

1. Biarkan Ayam Selama 30 minit

Lepas keluarkan ayam daripada peti sejuk, jangan terus masukkan dalam kuali sebab,suhu minyak akan turun dan daging ayam tak masak sempurna. Kulit ayam pun tak rangup jadinya. Sebaliknya, sebaik saja dikeluarkan daripada peti sejuk biarkan ayam dalam suhu bilik selama 30 minit sebelum menggoreng.


2. Tak Perlu Penggoreng Canggih

Anda juga boleh gunakan kuali besi atau periuk besi kerana ia mampu mengekalkan haba dengan lebih baik.


3. Gunakan Minyak Jagung, Sayur atau Kacang

Jangan sekal-kali gunakan minyak zaitun extra-virgin sebab nanti rasa ayam akan menjadi pahit kerana titik asap yang rendah. Manakala minyak jagung, sayur dan kacang pula mempunyai titik asap yang tinggi dan inilah pilihan lebih baik untuk menggoreng. Suhu minyak perlulah berada pada 350 darjah. Kalau tak pasti, jangan agak, dapatkan termometer dapur.


4. Tak Perlu Tuala Kertas

Tuala kertas sememangnya menyerap minyak tapi ia menyebabkan makanan yang telah digoreng mula berwap dan menjadi lembik. Untuk memastikan ayam kekal rangup, toskan pada rak dawai yang telah dialas dengan dulang pembakar. Biarkan ayam selama 10 minit supaya kulit dan dagingnya tidak terlalu panas untuk dimakan.


5. Dah Sampai Betul-betul Warna Perang Baru Siap?

Tak semestinya. Inilah antara kesilapan yang biasa dilakukan. Bila ayam bertukar menjadi warna perang tak bermakna ia sudah masak betul. Kadangkala, kerana minyak yang terlalu panas, ayam bertukar menjadi lebih gelap di bahagian luar tapi di bahagian dalamnya masih belum masak. Cucuk termometer dapur anda dalam daging, pastikan suhu di bahagian dalam ialah 165°. Cuba elakkan daripada menggoreng terlalu banyak ayam dalam kuali pada satu-satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak turun dan memanjangkan lagi tempoh memasak
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment