Tip Elak Tambah Berat Ketika Ramadan


Tip Elak Tambah Berat Ketika Ramadan

Disiplin diri adalah penting ketika berpuasa di bulan Ramadan. Oleh itu, kami berikan beberapa cara untuk membantu anda makan tanpa menambah berat badan ketika bulan puasa. Matlamat ini sememangnya tidak mustahil untuk dicapai jika anda berusaha bersungguh-sungguh.

1. Jangan makan berlebihan ketika berbuka.

2. Jangan makan berterusan dari berbuka hingga sahur. Seimbangkan pemakanan anda.

3. Makan lebih banyak sup kerana ianya berkalori rendah dan anda kenyang dengan lebih pantas.

4. Kunyah makanan dengan sempurna untuk mengelakkan ketidakhadaman.

5. Selepas berbuka, minum sekurang-kurangnya lapan gelas air. Elakkan daripada minum air bergas atau jus buah-buahan yang ditambah gula.

6. Pastikan juadah anda mengandungi produk tenusu rendah lemak, lebihkan daging tanpa lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan.

7. Bila memasak, gunakan kaedah bakar, panggang, stim atau gril. Elakkan daripada menggoreng makanan anda.

8. Elakkan makan makanan manis.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment