Tips Buat Dapur Anda Sentiasa Siap Sedia Bulan Mulia ini


5 Tips Buat Dapur Anda Sentiasa Siap Sedia Bulan Mulia ini

Setiap tahun, inilah masanya dapur anda menjadi sungguh sibuk. Kedatangan Ramadan yang kemudiannya disambut oleh Hari Raya pastinya menjadikan seluruh rumah lebih-lebih lagi dapur anda perlu dalam keadaan kemas dan bersih. Namun, dengan sedikit perancangan, anda mampu menjimatkan masa dia dapur dan meluangkan masa dengan keluarga.

Lima cara bagaima untuk memastikan dapur anda sentiasa siap sedia di bulan mulia:

1. Tak kira betapa kecil atau besar dapur anda, jangan tangguhkan untuk membersihkannya.

2. Fikirkan tentang juadah kegemaran keluarga anda dan sediakan senarai bahan-bahan yang perlu dibeli. Begitu juga dengan majlis rumah terbuka nanti.

3. Biasanya juadah yang dimasak adalah lebih daripada biasa, oleh itu sediakan juadah dengan terlebih dahulu atau simpankan baki makanan. Jangan lupa untuk pastikan pembalut plastik, foil aluminium, tuala kertas, beg sejuk beku dan bekas makanan adalah mencukupi dalam pelbagai saiz.

4. Periksa semua alat elektronik anda dan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Sediakan semua perkakas memasak, pinggan mangkuk serta gelas telah dibersihkan dan sedia digunakan.

5. Akhir sekali, ada pelbagai cara baru untuk membantu anda mengemas dengan mudah. Anda boleh cari di internet, buku masakan ataupun boleh tanya pada ibu. Anda juga boleh dapatkan pelbagai petua baru di laman web kami.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment