Makanan-Makanan Berkeju, Pedas & Masam Yang Pasti Akan Buat Anda Mengidam Pada Bulan Ramadan

Makanan-Makanan Berkeju, Pedas & Masam Yang Pasti Akan Buat Anda Mengidam Pada Bulan Ramadan


Ramadan kembali lagi dan seperti tahun-tahun sebelumnya, dijangka pelbagai makanan menarik akan menghiasi bulan yang penuh berkat pada tahun ini.

Bercakap pasal makanan menarik, pasti ada beberapa perisa asas makanan yang akan dicari oleh orang ramai ketika menentukan apa yang hendak dimakan ketika berbuka nanti. Antara rasa yang paling dicari dan menggiurkan adalah rasa keju, pedas dan juga masam.

Jom kita selusuri beberapa makanan yang pasti akan membakar selera dan membuat perut menggeroncong dikala lapar nanti.

Berkeju

Keju - tak dapat dinafikan lagi antara perisa yang sangat digemari oleh orang ramai. Rasanya yang berlemak dan sedikit masam masin akan mencetuskan perasaan ceria setibanya ia di lidah.

- Murtabak Keju


Murtabak - salah satu makanan yang paling digemari sebagai pembuka mulut di bulan Ramadan. Selaras dengan peredaran zaman, murtabak juga turut berubah untuk memenuhi citarasa umum. Kini, timbullah pula murtabak keju.

- Roti John Keju


Roti John dan bulan puasa memang tak dapat dipisahkan. Datang sahaja bulan puasa, berceretek kedai Roti John boleh ditemukan. Campuran mayonis, masam-masam tomato, kepedasan sos cili dan kerangupan sayur-sayuran pasti membawa nikmat ketika dikunyah. Ditambah pula dengan keju? Boom, tangkap leleh.

- Kek Keju


Setiap kali terlihat kek ini, pasti akan teringat pada satu perkataan - lembut. Ciri unik itu menjadi titik jualan kepada kek ini. Secara tidak langsung, ia menjelaskan ciri penting yang ada pada keju iaitu rasanya yang lembut.

Pedas

- Murtabak Maggi


Biarpun maggi boleh disifatkan makanan budget, tetapi di bulan puasa, mee segera itu pun boleh menjadi sedap. Lagi, lagi kalau dipadatkan menjadi murtabak maggi. Nyum-nyum.

- Sotong Goreng Potong


Tanpa rasa pedas, makanan-makanan bergoreng seperti ini akan terasa kosong sahaja. Tapi bila taruk sahaja perisa pedas, terus tak dapat digambarkan rasa sedapnya sotong goreng ini. Mungkin itu kelebihan rasa pedas; mampu menjadikan sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luar biasa.

- Tumis ikan bilis


Ringkas tapi fantastik. Biarpun cuma menggunakan ikan bilis sebagai lauk utama, tetapi rasa pedas yang dibawa oleh makanan ini boleh buat kita terliur setiap kali memandangnya di bulan puasa. Tambah lagi dengan petai.


Masam

Biarpun perisa masam boleh buat kita berkerut, tapi kita boleh ketagih dengan rasanya. Perisa masam juga mempunyai tarikannya yang tersendiri di bulan Ramadan ini kerana rasanya boleh menjadikan tekak kita teringat kepada air limau yang sedap dihirup ketika dahaga.

- Asam Laksa


Makanan yang popular di sebelah utara ini bukan sahaja dapat diterima oleh orang tempatan di sana, malah turut menjadi hidangan harian di kawasan-kawasan lain di negara ini. Rasa masam kuah makanan ini boleh menyebabkan anda ketagih untuk menghirupnya sampai licin.

- Colek Buah




Colek buah sangat popular dalam kalangan warga pantai timur sehingga ada satu lagu tercipta untuk didedikasikan kepada makanan ini; lagu Buah Colek. Setiap kali bulan Ramadan juga, colek akan menjadi salah satu menu popular untuk dinikmati di malam hari ketika melepak.

- Jeruk Buah


Sekali rasa kecur lidah, tapi selepas tu makan lagi. Itulah kehebatan rasa masam dari jeruk buah. Jeruk juga boleh dikategorikan sebagai makanan santai sama seperti colek. Ianya kurang sesuai dimakan ketika berbuka puasa, tetapi sangat sedap dimakan selepas perut sudah kenyang. Biasanya, orang akan makan jeruk selepas habis sembahyang terawih. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment