Tips Untuk Anda Yang Ingin Berjimat Di Bazar Ramadan


Tips Untuk Anda Yang Ingin Berjimat Di Bazar Ramadan

Tidak dinafikan kemeriahan Ramadan turut dimeriahkan dengan pelbagai makanan yang dijual di bazar Ramadan sama ada makanan tradisional ataupun pelbagai juadah yang lain.

BACA:TIPS BUAT DAPUR ANDA SENTIASA SIAP SEDIA BULAN MULIA INI

Antara tujuan kita berpuasa di bulan Ramadan adalah untuk merasai bagaimana orang yang susah merasai lapar dan dahaga namun antara perkara yang sering terjadi di Malaysia adalah pembaziran duit dan makanan selepas berbuka.

Oleh itu kami kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan jika berkunjung ke Bazar Ramadan dan menjimatkan wang.

1. Beli satu lauk sahaja



Memang bila berkunjung ke bazar mata akan rambang mata dan semua makanan nampak sedap belaka. Namun sentiasa ingatkan diri anda untuk membeli hanya satu jenis lauk sahaja dan masak sendiri nasi putih di rumah.

2. Nak beli air? 



Ketika Ramadan ini juga tekak pasti mengidamkan pelbagai jenis air yang dijual di bazar. Akan tetapi kami cadangkan untuk anda bancuh sendiri air di rumah kerana ia lebih jimat dan kebersihan lebih terjamin.

3. Beli satu jenis kuih sehari



Elakkan membeli lebih daripada satu jenis sehari kerana Ramadan mempunyai 30 hari jadi jika anda membeli satu jenis kuih sehari ia lebih menjimatkan anda dan pembuatan membazir tidak akan terjadi.

4. Rancang nak makan apa



Sebelum melangkah di Bazar Ramadan lebih baik anda fikirkan juadah apa yang anda hendak makan ketika berbuka. Selain itu hadkan satu juadah sahaja untuk sehari, ia bukan sahaja dapat jimatkan duit bahkan dapat menjaga berat badan kerana tidak makan berlebihan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment