Resepi Ayam Goreng disaluti Keunikan Telur Masin
Bahan-Bahan:
- 500g paha ayam dibuang tulang, potong kecil
- 1 biji putih telur, dipukul sederhana
- 1 sudu besar Sos Tiram
- ½ cawan tepung beras
- 1 sudu kecil Cukup Rasa
- 1/2 cawan minyak masak untuk menggoreng
Untuk sos telur masin:
- 1 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted butter)
- 1 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- Segenggam daun kari
- 2 kuning telur masin, direbus dan dilenyek
- 5 – 6 cili padi, dicincang
- ½ cawan susu sejat
- 1 sudu kecil Cukup Rasa
- 2 sudu kecil gula
- ¼ sudu kecil tepung jagung, dicampur dengan 1 sudu besar air sebagai pemekat
Untuk hiasan:
- 2 – 3 cili padi, dicincang
- 3 – 4 tangkai daun kari, digoreng
- 2 – 3 sudu besar bawang putih goreng
Cara Memasak
1. Pukul telur putih dengan Sos Tiram dan perap potongan ayam selama 1 jam.
2. Gaulkan tepung beras dan Cukup Rasa di dalam mangkuk sederhana, golekkan ayam di dalam tepung dan angkat ke dalam piring lain.
3. Panaskan kuali, goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga garing dan kuning keemasan. Toskan minyak dan biarkan seketika.
4. Panaskan mentega dan minyak masak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan daun kari goreng sehingga garing. Masukkan kuning telur masin, cili padi dan masak sehingga ia meruap.
5. Perlahankan api dan tambah susu sejat, Cukup Rasa dan gula. Reneh seketika sehingga kuah memekat. Masukkan ayam dan gaul sehingga kuah menyaluti semua bahagian ayam. Taburkan hiasan dan hidang.
0 comments:
Post a Comment