Resepi Ayam Teriyaki


Resepi Ayam Teriyaki

Bahan-Bahan:

-1 sudu kecil minyak masak
-Bahan-bahan untuk Sos
-2 sudu besar Sos Tiram
-4 sudu besar air
-½ sudu kecil kicap soya pekat
-1 ½ sudu besar gula perang
-1 sudu besar cuka
-1 sudu kecil jus halia
-250 g dada ayam
-250 g paha ayam, dibuang kulit dan tulang

Penyediaan Sayur:

-200 g bok choy, dicelur
-200 g brokoli, dicelur
-200 g lobak merah, dicelur

Cara Memasak

1. Sediakan mangkuk kecil, campurkan Sos Tiram  bersama air, kicap soya pekat, gula perang, cuka dan juga jus halia untuk sos. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.

2. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam dan goreng sehingga perang keemasan pada api sederhana. Jangan biarkan api terlalu kuat untuk mengelakkan ayam tidak masak pada bahagian dalam.

3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan letakkan di tepi.

4. Seterusnya, gunakan kuali yang sama dan masukkan sos yang telah dibancuh sebentar tadi. Didihkan sos sehingga menjadi sedikit pekat.

5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dimasak ke dalam kuali dan biarkan selama 2 minit.

6. Hidangkan ayam yang telah dimasak dan tuangkan sos serta sediakan bersama sayur yang telah dicelur. Nikmatinya dengan selera!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment