Tips Susun Atur Dapur Paling Menarik



TIPS SUSUN ATUR DAPUR

Menyusun atur adalah aktiviti yang memerlukan masa tenaga dan berfikir. Dengan kedatangan Tahun Baru, inilah masanya untuk anda menyusun atur dapur untuk memberi ruang bagi perkakas yang betul-betul digunakan. Jika anda tiada niat untuk membeli yang baru, tips berikut akan dapat memudahkan dan membantu anda untuk menyimpan, mencari dan mencapai perkakas di dapur.

1. Bersihkan laci serta kabinet dapur anda dan bahagikan barangan itu kepada 4 kategori – selalu, jarang, tak pernah digunakan serta tak berguna. Selepas itu buangkan barangan yang di dalam kategori “tak berguna” tadi.

2. Susun peralatan dapur anda mengikut kekerapan penggunaan. Letakkan pinggan-manggkuk yang selalu digunakan di rak yang lebih rendah dan mudah dicapai. Manakala untuk yang jarang digunakan letak di rak yang lebih tinggi.

3. Letakkan perkakas dapur anda berdasarkan kegunaan serta asingkan; sebagai contoh, asingkan perkakas menyediakan kuih atau pun kek dengan perkakas menyediakan pencuci mulut.

4. Gantungkan periuk dan kuali berdekatan dengan dapur api.

5. Simpan beg plastik kedap udara serta cling wrap berdekatan dengan peti sejuk.

6. Letakkan peralatan dapur yang selalu digunakan di dalam bekas berdekatan meja kaunter agar mudah dicapai ketika menyediakan hidangan.

7. Pastikan rak yang terbuka tidak berselerak dengan menyusun ia di dalam bakul rotan atau plastik.

8. Apabila menyimpan barangan makanan di dalam kabinet, susun dengan kemas. Gunakan pembahagi dan bekas untuk asingkan sos, rempah-ratus dan minyak mengikut kategori.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment