Resepi Lasagne Daging


Resepi Lasagne Daging 

Bahan-Bahan

-1 Paket kepingan lasagne

Untuk sos daging:

-4 Ulas bawang putih
-2 bawang
-300g daging cincang
-2 Sudu Besar Sos Cili MAGGI®
-1/4 Cawan puri tomato
-1 Kiub Kiub Ayam MAGGI®
-250g ayam

Untuk sos keju:

-30g mentega
-30g tepung
-300ml susu skim
-80g keju mozzarella rendah lemak
-1 Sudu kecil MAGGI® CukupRasa ™
-1 Sudu kecil oregano kering
-1/4 Cawan mozzarella rendah lemak untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Mula-mula, sediakan sos daging. Goreng bawang putih dan bawang sehingga wangi sebelum menambah daging cincang.

2. Masak daging sehingga perang dan tambah sos cili, puri tomato, kiub pati ayam dan air. Biarkan ia reneh selama kira-kira 10 minit.

3. Seterusnya, sediakan sos keju. Dalam kuali yang berasingan, kacau mentega ke dalam tepung sehingga menjadi sedikit coklat. Kemudian, tambah susu, mozzarella dan MAGGI® CukupRasa ™. Kacau sehingga sos menjadi pekat.

4. Susun kepingan lasagne dalam kuali penaik, lapiskan satu-satu dengan sos daging dan sos keju.

5. Ulangi langkah ini sehingga semua bahan-bahan telah digunakan dan taburkan oregano dan sedikit lagi mozzarella di atas.

6. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit pada suhu 180 ℃. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment