Resepi Kebab Ayam Bijan



Resepi Kebab Ayam Bijan

Bahan-Bahan:

- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar Sos Tiram
- 3 sudu besar air
- 2 sudu kecil madu
- 2 ulas bawang putih, ditumbuk
- 2 sudu besar biji bijan, dibakar dan ditumbuk
- 2 sudu kecil empingan cili
- ½ sudu kecil kicap pekat manis
- 250g dada ayam, dipotong dadu
- 250g paha ayam, dipotong dadu
- 2 ulas bawang, dipotong berbaji
- 2 biji lada benggala, dipotong berbaji
- 200g tomato ceri
- 100g cendawan
- 200g brokoli
- 15 batang lidi sate

Cara Memasak

1. Mula-mula sediakan mangkuk, kemudian gaulkan Sos Tiram bersama madu, bawang putih yang telah ditumbuk, biji bijan yang dibakar, empingan cili, kicap pekat manis dan juga air.

2. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk adunan serta gaulkan sehingga sebati. Kemudian tutup buat sementara dan perap selama 30 minit untuk rasa ayam yang sedap.

3. Untuk menyediakan kebab, rendamkan lidi sate di dalam air sejuk selama 20 minit.

4. Apabila ayam sudah diperap, cucukkan potongan ayam dan sayuran secara selang-seli pada lidi sate.

5. Kemudian ambil pemanggang dan sapukan minyak bijan ke atasnya dan bakar kebab selama 3 minit untuk bahagian depan dan belakang, renjiskan air daripada perapan ayam ke atas kebab.

6. Angkat kebab tersebut apabila ayam dan juga sayur menjadi lembut dan cukup masak.

7. Nikmatinya dengan begitu sahaja atau dengan sedikit nasi.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment