Resepi Lazatnya Ikan Kukus Teochew


Resepi Lazatnya Ikan Kukus Teochew

Bahan-Bahan:

1 seekor jenahak (saiz sederhana dalam 300-400g), dibersihkan dan disiang, dibilas
1 sudu kecil Cukup Rasa
3 inci halia, dihiris halus 2/3 dan selebihnya dimayang halus
½ kotak tauhu lembut, dipotong 1-1.5cm panjang
1 tomato (sederhana), dipotong berbaji 12
2 keping cendawan Shiitake kering, direndam hingga lembut dan dihiris halus
30-50g sawi jeruk masin, dibasuh di bawah air yang mengalir untuk menghilangkan air garam, dipotong kiub kecil atau dihiris
2 keping plum masin, dibuang biji

Untuk hiasan:

1 sudu besar cili padi, dihiris / cili merah, dicarik
1 tangkai daun bawang, dicarik
2 tangkai ketumbar, daun sahaja

Untuk kuah, dicampurkan 
dalam satu mangkuk:

4 sudu besar air
1 sudu kecil Cukup Rasa
1 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil minyak bijan (pilihan)

Untuk minyak bawang 
putih (pilihan):

4 ulas bawang putih, dihiris
2 sudu besar minyak masak

Cara Memasak

1. Bersihkan ikan dan keringkan. Seterusnya, kelar 2-3 garisan pada ikan dan perap dengan 1 sudu teh Cukup Rasa. Biarkan selama 1-2 jam.

2. Goreng bawang putih yang dihiris dalam minyak masak sehingga perang keemasan. Bila wangi, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Ketepikannya.

3. Masukkan 2 hirisan halia dalam rongga ikan untuk menghilangkan bau hanyir. Susun halia yang telah dimayang halus dalam pinggan yang dalam dan kalis haba.

4. Kemudian, letakkan ikan di dalam pinggan, diikuti oleh tauhu dan plum masin di sekeliling ikan.

5. Taburkan tomato, hirisan cendawan, sawi jeruk dan halia yang dimayang di sekitar dan di atas ikan tersebut.

6. Selepas semua bahan telah dimasukkan, renjiskan kuah ke atas ikan tersebut.

7. Sekarang ikan sedia untuk dikukus. Masukkan sedikit air dalam pengukus atau kuali.

8. Kukus ikan pada suhu yang tinggi selama 8 hingga 10 minit, bergantung kepada saiz ikan atau hingga ikan telah betul-betul masak (mata ikan bertukar menjadi putih dan membonjol).

9. Akhir sekali, renjiskan 2 sudu kecil minyak bawang putih pada ikan, hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar dan cili (pilihan).

10. Hidangkan panas dengan nasi beras wangi.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment