Tip Untuk Rancang, Jimat dan Belanja dengan Bijak Raya ini
Memang susah nak mengawal nafsu ketika membeli-belah barangan dapur untuk Raya, macam-macam diskaun dan tawaran hebat diberikan. Kadang-kadang kita beli lebih daripada keperluan. Raya ini, apa kata kita rancang, jimat dan belanja dengan bijak tanpa perlu mengorbankan keriangan memasak di musim perayaan. 5 cara mudah untuk dijadikan panduan:
Rancang Menu Anda
Apabila anda merancang menu masakan, bukan sahaja masa dan wang dapat dijimatkan, bahkan jumlah pembaziran juga dapat dikurangkan.
Tulis Senarai Membeli-belah
Senaraikan barangan yang perlu dibeli. Ini akan membantu anda daripada membuat pembelian secara terburu-buru.
Sukat Saiz Hidangan Anda
Tak mudah untuk menyukat kuantiti makanan yang perlu disediakan untuk para tetamu. Cuba gunakan ‘kalkulator saiz hidangan’ yang boleh didapati secara online.
Simpan Makanan dengan Betul
Jangan penuhkan peti sejuk anda sehingga sarat. Sentiasa kekalkan suhu di antara of 3-4 °C seperti yang disyorkan. Rujuk kepada arahan penyimpanan.
Manfaatkan Baki Makanan
Ada hidangan yang rasanya lebih lazat setelah disimpan semalaman. Simpan baki makanan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya ianya tidak rosak.
Untuk lebih banyak idea bagaimana untuk anda menghasilkan juadah yang lazat, rujuklah resepi kami dan dapatkan ilham!
0 comments:
Post a Comment