Tip Menghilangkan Bau Hanyir



Tip Menghilangkan Bau Hanyir

Ikan adalah sebahagian daripada diet bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Tak kiralah masak kicap, sambal mahupun masak lemak, hidangan berasaskan ikan yang segar pasti lazat sekali! Hidangan ikan yang sempurna tentulah tidak berbau hanyir.

Anda tahu kenapa ikan berbau hanyir? Ini adalah kerana reaksi kimia yang dipanggil trimethylamine oksida iaitu proses pereputan apabila ikan sudah mati dan terdedah kepada udara. Kerana itulah anda akan terhidu bauan yang kurang menyenangkan jika ikan itu sudah lama ditangkap. Tetapi ada cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini.

Cara-Caranya:

1. Susu 

Rendam ikan di dalam susu dalam 10 hingga 20 minit dan bilas untuk menghilangkan bau hanyir. Campuran susu dengan trimethylamine oksida boleh mengurangkan bau hanyir ikan.

2. Serbuk Kunyit

Salah satu lagi cara untuk menghilangkan hanyir ikan adalah dengan melumurkan ikan dengan serbuk kunyit. Biarkan selama 30 minit atau lebih dan anda boleh bilas atau anda boleh juga terus menggorengnya.

3. Cuka 

Campurkan sedikit cuka bersama air, rendam ikan di dalamnya dan biarkan selama lima minit. Kemudian, bilas dan keringkan dengan menggunakan tisu dapur sebelum diperap atau dimasak.

4. Lemon 

Lemon memang sangat berkesan seperti cuka. Perahkan sedikit jus lemon di atas ikan yang sudah dibersihkan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian keringkan menggunakan tisu dapur sebelum dimasak.

5. Garam 

Untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli, garam adalah bahan yang terbaik! Selepas membersihkan ikan, lumurkan sedikit garam di atas ikan dan biarkan selama lima minit. Setelah itu, bilas sisa garam tadi. Garam dapat membantu mengurangkan bau hanyir ikan.

6. Halia

Selain dapat menambah rasa kepada hidangan ikan, halia dapat menghilangkan bau hanyir ikan di dalam masakan. Titik sedikit halia dan lumurkan di atas ikan dan biarkan selama 30 minit sebelum dimasak. Jika anda ingin sediakan hidangan stim, hiris halia dengan halus dan stim bersama ikan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment