Resepi Ikan Kukus Tom Yam


Resepi Ikan Kukus Tom Yam

Bahan-bahan:

- 500 g Ikan Siakap, dibersih dan disiang
- 1 sudu teh Cukup Rasa
- 1 sudu besar minyak masak
- 100 ml air
- 1 kiub Kiub Stok Tom Yam
- 3 – 4 helai daun limau purut, dicarik
- 1 sudu besar (secukup rasa) gula
- 2 sudu besar jus limau nipis

Bahan untuk dikisar: 

- 2 biji cili merah, dibuang cili
- 2 tangkai cili kering, direndam dengan air suam dan dibuang biji
- 3 ulas bawang kecil, dihiris
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 1 batang serai, dihiris
- 3 cm lengkuas, dihiris

Bahan untuk dikukus:

- 2 biji tomato, dipotong bersilang 6
- 5 batang kacang bendi dipotong 4 cm panjang
- 1 biji bawang besar, dipotong bersilang 8

Hiasan

- 3 – 4 helai daun limau
- 2-3 tangkai daun ketumbar
- 2 – 3 biji cili padi, dipotong halus
- 1 batang serai, dihiris

Cara Memasak

1. Perap ikan siakap dengan Cukup Rasa selama 30 minit ke 1 jam.

2. Di atas kuali, tuang 1 sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar – cili merah, cili kering, bawang kecil, bawang putih, serai dan lengkuas, bersama daun limau purut hingga naik bau.

3. Tuangkan air dan masukkan Kiub Stok Tom Yam. Letak gula, jus limau nipis dan tambahkan Cukup Rasa jika mahu. Tutup api.

4. Letak ikan siakap di atas pinggan yang tahan panas. Susun tomato, kacang bendi dan bawang merah bersama ikan. Tuang kuah Tom Yam di atasnya.

5. Kukus dengan suhu tinggi selama 20 – 25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.

6. Akhir sekali, taburkan hirisan limau, cili padi potong, hirisan serai dan daun ketumbar di atas hidangan.

7. Memang sedap dimakan bersama nasi panas.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment