Resepi Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam


Resepi Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam

Bahan-Bahan:

- 500g dada ayam, dipotong dadu
- 1 sudu teh Cukup Rasa
- 2 sudu besar minyak jagung
- 1 biji bawang Holland, dipotong dadu
- 4 ulas bawang putih
- Rempah (atau anda boleh beli rempah campuran Kabsa)
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh bunga cengkih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
- 1 sudu teh serbuk halia
- 1 sudu teh serbuk buah pala

Bahan untuk nasi:

- 700 ml air
- 500 g beras basmathi, dibasuh dan ditapis
- 1 helai daun pandan
- 3 sudu besar Sos Tomato
- 2 kiub Kiub Stok Ayam

Cara Memasak

1. Ayam dipotong dadu dan diperap selama 30 minit bersama Cukup Rasa. Ketepikan.

2. Panaskan kuali, tuang 2 sudu besar minyak jagung dan tumis bawang Holland dan bawang putih.

3. Kemudian, masukkan ayam dan taburkan kesemua rempah.

4. Di dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras, daun pandan, Sos Tomato dan Kiub Stok Ayam. Tuangkan air dan kacau sebati.

5. Selepas itu masukkan ayam tadi ke dalam nasi.

6. Biarkan sehingga ia masak sempurna di dalam periuk nasi tadi.

7. Hidangkan bersama salad serta sambal pedas, dan ianya sedia untuk dinikmati bersama keluarga!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment